Perdagangan derivatif berasaskan Indeks boleh menjadi nilai tambah yang bernilai
kepadaintrumen dagangan seorang pedagang, menawarkan diversifikasi, kecairan,
kos transaksi yang lebih rendah, dan akses kepada pasaran
dengan cara yang lebih menjimatkan masa.
Indeks pada dasarnya ialah ukuran prestasi harga sekumpulan saham tertentu daripada sesuatu bursa. Dagangan indeks melibatkan perdagangan berdasarkan arah pasaran tersebut dengan membeli atau menjual derivatif yang berasaskan indeks.
Terdapat dua cara untuk mengira Indeks:
Perdagangan indeks merujuk kepada pembelian dan penjualan instrumen kewangan yang menjejaki prestasi sekumpulan saham atau aset kewangan lain, bukannya sekuriti individu.
Sebagai contoh, dengan berdagang kontrak niaga hadapan S&P 500 (US500), pedagang boleh membuat dagangan berdasarkan sama ada mereka percaya nilai keseluruhan syarikat-syarikat tersebut akan meningkat atau menurun.
Berdagang dengan Leveraj: Di HFM, anda boleh berdagang CFD pada Indeks global utama, seperti FTSE 100 (UK100) dan DAX (GER40), dengan leveraj sehingga 1:500.
Pelaksanaan Pantas & Keperluan Margin Rendah: Dagangkan Indeks dengan HFM pada leveraj maksimum 1:500, spread rendah, perlindungan baki negatif, pelaksanaan pantas dan syarat dagangan lain yang telah memenangi anugerah.
Pelbagaikan Portfolio: Ikuti Indeks terkenal dunia, contohnya S&P500 dan Dow Jones (US30) untuk portfolio lebih seimbang dan peluang untung daripada trend pasaran keseluruhan, bukan hanya bergantung kepada prestasi saham CFD individu.
Pendedahan kepada keseluruhan sektor sekaligus: Indeks mewakili keseluruhan pasaran atau industri dan mengukur prestasi keseluruhan semua saham yang terdapat dalam indeks tersebut. Pengambilan posisi pada indeks, pedagang berdagang berdasarkan bagaimana sesuatu peristiwa penting akan menjejaskan pelbagai saham utama dalam ekonomi atau sektor.
Beli & Jual – Berdagang ketika harga meningkat atau menurun: Pedagang boleh membeli (go long) jika mereka percaya nilai indeks akan meningkat, atau menjual (go short) jika mereka percaya nilai akan menurun. Perlu diingatkan bahawa perdagangan Indeks boleh menjadi kompleks, dan pelabur harus mempertimbang objektif pelaburan, toleransi risiko, dan keadaan kewangan mereka dengan teliti sebelum melakukan jenis perdagangan ini.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi nilai aset dalam sesuatu indeks dan seterusnya memberi kesan kepada harga indeks itu sendiri.
Beberapa faktor tersebut termasuk:
Inflasi, pertumbuhan KDNK, data pekerjaan, dan perbelanjaan pengguna boleh memberikan kesan besar terhadap nilai aset dan harga indeks.
Keadaan kewangan syarikat, seperti laporan pendapatan dan ukuran kewangan memberikan kesan terus kepada harga saham.
Indeks dipengaruhi oleh prestasi sektor yang membentuk komponennya dipengaruhi oleh kemajuan teknologi, model perniagaan inovatif, perubahan peraturan, dan faktor-faktor lain.
Perubahan kadar faedah boleh menjejaskan harga indeks. Kadar faedah tinggi menjadikan pinjaman lebih mahal dan boleh mengurangkan keuntungan syarikat, seterusnya menurunkan harga indeks.
Peristiwa seperti pilihan raya, peperangan, pertikaian, dan perjanjian perdagangan boleh memberikan kesan kepada Indeks. Contohnya, tindakan penguatkuasaan peraturan terhadap industri tertentu atau ketegangan geopolitik boleh menjejaskan harga saham syarikat dalam indeks tersebut.
Akhir sekali, sentimen pelabur (optimis atau pesimis) juga boleh mempengaruhi harga sesuatu indeks. Jika majoriti peserta pasaran percaya pasaran akan meningkat, mereka mungkin membeli lebih banyak saham, sekali gus mendorong harga indeks meningkat. Sebaliknya, jika sentimen menjadi negatif, pelabur mungkin menjual saham, menyebabkan harga indeks jatuh.
Pelajari cara berdagang Indeks dengan HFM. Terdapat banyak sebab mengapa pasaran Indeks begitu popular; terdapat juga pelbagai Indeks untuk dipilih, pasaran ini sangat besar dan beroperasi 24 jam sehari, 5 hari seminggu, dan kebolehan berdagang secara dalam talian telah menjadikan pasaran ini lebih mudah diakses oleh orang ramai berbanding sebelumnya.
Dagangkan Indeks popular sebagai derivatif tanpa memiliki aset asas dengan dagangan 24/5, keperluan margin rendah, dan kebolehan untuk berdagang sama ada harga meningkat atau menurun. Di HFM, Indeks tersedia untuk dagangan spot dan dagangan niaga hadapan.
Pusat Pendidikan HFM dipenuhi dengan sumber pendidikan untuk membantu anda mempelajari konsep asas dan strategi yang diperlukan untuk memulakan dagangan agar anda dapat membuat kemasukan yang dinamik ke dalam pasaran.
Sebelum anda mulakan dagangan, anda perlu mengikuti beberapa langkah beirkut. Buka akaun dagangan live dan mula berdagang saham dalam kurang dari 2 minit:
Daftar dengan HFM dan lengkapkan borang dalam talian dengan mudah dan isi maklumat profil anda.
Tambahkan dana ke akaun dagangan anda melalui mana-mana kaedah kami dengan pantas, mudah dan selamat.
Selesai! Kini anda boleh mengakses semua jenis aset dan mula berdagang Indeks.
Masa terbaik untuk berdagang Indeks bergantung pada strategi dagangan anda. Sesetengah pedagang memilih untuk memanfaatkan volatiliti dan memaksimumkan keuntungan daripada pergerakan pasaran yang kuat. Manakala, yang lain lebih gemar pasaran yang lebih stabil ketika risiko kurang ketara, dan mereka dapat memanfaatkan pergerakan pasaran yang lebih kecil.
Terdapat juga faktor lain seperti kecairan dan korelasi dengan pasaran lain yang perlu dipertimbangkan apabila cuba mengenal pasti masa terbaik untuk berdagang di pasaran indeks anda.
Berikut merupakan beberapa waktu paling popular yang dipilih oleh pedagang untuk memasuki dan keluar dari pasaran Indeks:
Perkara seperti laporan pendapatan, pelancaran produk baharu, sasaran gagal dicapai, atau kematian tokoh penting yang boleh menyebabkan volatiliti permintaan dan harga Indeks.
Indeks didagangkan paling aktif semasa pertindihan sesi AS dan London (14:30-16:30 GMT) kerana ketika ini volum dagangan berada pada paras paling tinggi dan volatiliti pasaran tinggi.
Sesi London/ Eropah adalah yang terbesar daripada tiga sesi dagangan. Oleh itu, permulaan atau penghujung sesi ini biasanya merupakan masa terbaik untuk membuat keputusan dagangan, kerana pasaran menjadi lebih stabil selepas kesibukan pembukaan, dan trend pasaran terbentuk menjelang penghujung hari apabila pelabur institusi paling aktif.
Kini anda boleh dagangkan indeks di semua platform kami! Dagangkan Indeks CFD melalui platform MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 kami, serta di Platform HFM melalui Aplikasi HFM. Platform hebat dan berkuasa ini memastikan setiap pedagang dapat berdagang mengikut gaya, lokasi, dan pada peranti pilihan mereka.
Anda boleh memulakan dagangan Indeks dengan HFM dalam masa kurang daripada 2 minit! Buka akaun dagangan live dengan melengkapkan borang dalam talian yang mudah dan isi maklumat profil anda, tambahkan dana ke akaun dagangan anda menggunakan salah satu kaedah kami yang pantas, mudah dan selamat, dan akses mana-mana kelas aset kami untuk memulakan dagangan!
HFM menawarkan jenis akaun tanpa deposit minimum. Kami juga menyediakan leveraj maksimum 1:500 untuk Indeks, serta spread rendah, perlindungan baki negatif, dan pelaksanaan pantas. Sila semak Halaman Akaun Dagangan kami untuk maklumat lanjut.
Inilah masa terbaik untuk berdagang Indeks bergantung kepada strategi dagangan anda. Sesetengah pedagang memilih untuk memanfaatkan volatiliti dan mengambil peluang daripada pergerakan pasaran yang kuat. Sebaliknya, terdapat pedagang yang gemarkan pasaran yang lebih stabil dengan risiko kurang ketara, kerana mereka boleh memanfaatkan pergerakan pasaran yang lebih kecil. Terdapat juga faktor-faktor lain seperti kecairan dan korelasi dengan pasaran lain yang perlu dipertimbang apabila cuba mengenal pasti masa yang optimum untuk berdagang indeks anda.
Indeks boleh didagangkan di semua platform kami! Dagangkan Indeks CFD melalui MetaTrader 4 dan MetaTrader 5, serta Platform HFM di Aplikasi HFM. Platform yang popular dan berkuasa ini membolehkan setiap pedagang berdagang mengikut gaya, lokasi dan pada peranti kegemaran mereka.
Indeks yang paling banyak didagangkan di dunia ialah:
Indeks-indeks ini ini popular dalam kalangan pelabur kerana ia memberikan gambaran menyeluruh tentang pasaran saham dan boleh digunakan untuk menjejaki prestasi pelbagai sektor dan industri.